sedangku mengatur langkah demi langkah di bumi sementara ini.. aku melihat..memantau dan memerhati.. setiap insan dan kehidupan di sekeliling ku.. aku menyedari kuasaNya.. dan terluah kata2 pujian bagiNya.. dalam kegelapan malam ini.. bintang tetap menyinari.. bulan mengambil alih suria.. menjadi mata dunia.. angin meniup sepoi-sepoi bahasa.. aku merasakan suatu ketenangan pada tubuhku..
aku melihat di sekelilingku setiap manusia mencetuskan sekuntum senyuman pada teman.. kanak2 keriangan dan pemuda pemudi menampakkan kebahagiaan.. aku rasa janggal kerana perasaan sedemikian telah sirna dari jiwaku.. aku rasa kehilangan berada di dunia ini tanpa senyuman.. setiap langkah seolah-olah membawa secebis rasa gembira.. setiap pandangan mengukir senyuman..
kemudian.. aku melalui sebuah masjid nan indah.. para jemaah sedang menjalankan kewajipan.. langkahku terhenti.. aku diri terpaku memandang.. kesyahduan terasa dalam naluriku.. ketenangan yang ganjil menusuk jiwaku.. dan dunia seakan berpulih kembali.. keperitan dan bebanan di bahuku terasa ringan.. aku tahu aku senantiasa disayangi.. aku beristighfar... mengambil nafas dan membuang segala kesakitan..
Wednesday, 29 September 2004
kesyahduan terasa
spoken as lfareeza on 9/29/2004 09:38:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment