Saturday, 2 June 2007

bahagia

diriku ini sedang lemah. lelah. mata belum cukup dipejam. jasad belum cukup berehat. keringat banyak diperah. namun... hati tetap tenang. hati tetap riang. sesuatu telah berlaku pada hatiku. mungkinkah itu cinta?

sejak kebelakangan ini hatiku tidak dapat disakiti. semangatku tidak dapat digoyah. dia seakan memberiku satu daya yang seolah-olah tidak akan lenyap. dia seakan sentiasa mendorongku sehinggakan kadangkala aku lupa erti penat atau sukar. hidupku berubah. aku lebih bahagia. aku telah lakukan pelbagai perkara yang selama ini aku enggan lakukan kerana kurang keyakinan. dan juga.. aku dapat melakukan pelbagai perkara yang baru. segalanya dapatku capai. namun.. kakiku sentiasa dijejakkan ke bumi. ada seketika aku teringat akan kedaifan diriku ini kerana dia sentiasa mengingatkan secara langsung atau tidak.
dia bukanlah sempurna tetapi cukup bagiku. lelaki yang terima kelemahan dirinya dan meminta maaf walaupun kadangkala lewat.. banyak rintangan yang telah dilalui dan masih diharungi. tapi aku yakin kita 'kan mencapai melampaui bintang di langit. cinta yang semakin dalam ini sungguh indah. kita masih tabah.

tiada rahsia lagi.

kerinduan padamu sentiasa di hatiku. mungkinkah kau rasakan yang sama?

i bahagia. u bahagia tak?

No comments: