Sunday, 22 April 2007

rindukan bahasa

ok tak sepatutnya kiter blog skarang ni pasal patutnyer kiter memberi tumpuan yang penuh pada pelajaran. maklumlah mulai esok hari-hari ada peperiksaan hingga hari khamis. dan kertas terakhir pula jatuh pada 4hb mei. tapi skarang ni tak leh tumpukan fokus lah. seperti biasa bila datang peperiksaan je mesti jatuh sakit. badan skarang ni rasa lemah... skali.. selsema, batuk dan sakit tekak. teruk lah gini. tak tahu macam mana. kepala pun rasa berat je. tapi takpe... hehe.. sekurang-kurangnya ada lah orang yang sudi menjaga dan mendorong. tapikan.. rasanyer macam tak sedia sangat untuk peperiksaan. tapi juga.. kiter rasa boleh lah kiter buat esok. cuma untuk hari selasa dan rabu jer yang seram. haiz.. tak sabar.. nanti kalau dah habis peperiksaan.... kan.. kan.. kan... hehe.. suspens..

oklah.. sampai di sini saja.. balik pada pelajaran.

(cant believe i blogged in malay aside from sajak..rindu pulak bertutur dalam bahasa melayu..tu lah. dunia dunia..)

No comments: